Monday, 1 April 2019

Pregnancy : Positif Hamil

Assalamualaikum.



Semenjak aku TTC, setiap kali lewat period je, mesti akan ternanti-nanti double line muncul. Walaupun setiap kali tu juga hampa dan dua tiga hari kemudian datang period. Cehhhh, memberi harapan palsu!!


Tapi my first double line memang tak expect langsung. Dua tiga bulan sebelum aku pregnant, hormon aku bila nak dekat datang period sangat teruk. Setiap kali nak dekat period, badan aku akan berangin teruk dan muntah-muntah. So setiap kali lewat period sikit je, aku excited nak cek pregnancy test sebab ingatkan muntah-muntah tu sebab morning sickness. Last-last semua hampa. Bila pergi klinik, Dr. cakap sebab hormon berubah. So, aku pun pasrah je.


Nak dijadikan cerita, aku kena keluar outstation seminggu dekat Kemaman. Masa kat sana, setiap malam bila balik hotel je aku akan muntah. So, aku dah expect time period dah dekat. Kat sana juga terjadi satu tragedi dimana ada motor langgar kereta aku time nak cross jalan. Budak motor tu cedera sampai masuk hospital. Masa tu aku dah down giler sampai aku cakap ni last aku pergi outstation. Lepas ni aku nak pencen dari keluar outstation dah!! Masin kot mulut aku masa tu, memang tu last aku pergi outstation. 


Habis outstation, aku balik Ipoh macam biasa on weekend. Masa tu aku still muntah waktu malam dan period aku lewat 4/5 hari. So aku biarkan je la sebab sebelum ni pun pernah juga lewat seminggu lebih. Isnin pagi selalunya aku akan bertolak dari Ipoh balik KL terus masuk office. Hari tu pagi-pagi lagi dah muntah. Pastu angin teruk yang amat. Memang masa tu tak tahan dah. Petang tu pergi klinik nak mintak ubat angin. Dan procedure klinik, Dr akan tanya dah period ke. Aku cakap baru lewat 4/5 hari tapi memang dah biasa lewat macam ni. Tapi Dr suruh buat pregnancy test juga. Bila dah siap tu, Dr pun tunjuk result kat preganancy test tu. Dr cakap awak pregnant ni. Ya Allah, masa tu tak tahu nak react macam mana. Terus terdiam. Dr ni biar betul. Aku siap tanya Dr result tu betul accurate ke? Dr tu cakap 99.9% accurate. Ya Allah, no word can described the feeling.



Result double line yang Doktor test kat klinik. Masa ni macam tak percaya sangat sebab line tu macam samar je.


Then Dr tu scan untuk tengok dah ada janin ke tak tapi tak nampak lagi. Ikut perkiraan kandungan aku 5 minggu dan masih awal. 2 orang yang aku paling excited nak bagi tahu semestinya husband dan mak aku. Lepas keluar klinik tu aku call bagi tahu mak aku. Tapi untuk suami kena la bagi tahu depan-depan baru lah surprise. Dan aku mengharapkan dia menangis terharu, last-last tak. Sebab malu masa tu kat kedai makan. Hampeh betul. Tapi dia memang excited. Tak habis-habis tanya 'eh betul ke ni?'  Terus bagitahu mak dia yang cucu nombor 3 on the way. Hahaaa.



Yang ni beli untuk buat surprise kat husband. Siap letak dalam kotak and letak note Baby On The Way. Last-last bila dapat kat husband, bateri dah habis. Hampeh betul.


I hope my pregnancy dipermudahkan dan baby sihat dan keluar dengan sempurna. Aminn.




No comments:

Post a Comment